OBJEKTIF

  • UNTUK MEMBERI PENGETAHUAN AM TENTANG RAGBI
  • UNTUK MENARIK MINAT ORANG RAMAI MENGENAI SUKAN RAGBI
  • UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA PEMAIN BARU UNTUK MEMAHAMI SUKAN RAGBI

LATAR BELAKANG

Sejarah & Asal Usul





      Bagaimana permainan ragbi ni bermula? 

LUAR NEGARA

       Sejarah permainan ragbi ini bermula pada tahun 1823 di sebuah pekan kecil di sekolah yang bernama Rugby School di England. Permainan ini tercipta daripada perbuatan William Webb Ellis. Semasa perlawanan bola tanpa diduga beliau telah mengambil bola dengan tangannya dan membawanya berlari menuju ke gol. Melihatkan perbuatan Ellis, rakannya terus mengejar dari belakang, akhirnya terjadilah pergomolan dalam kalangan mereka dalam usaha untuk merebut bola. Perbuatan Ellis itu diikuti pula oleh kawannya yang lain. Maka dari situlah bermulanya satu permainan baru.


        Bagaimanapun, ketika itu tiada siapapun yang mahu menerima perbuatan Ellis dan rakanrakannya untuk dikembangkan sebagai sukan. Hanya kira-kira setengah abad kemudian, selepas Ellis meninggal dunia barulah perbuatan itu diingat kembali. Seorang rakannya Mattheur Blaxom telah menceritakan kembali perbuatan Ellis di dalam artikelnya dalam majalah The Meteor tahun 1888.

      Permainan ini dikenali sebagai permainan ragbi sempena nama pekan kecil di mana sekolah tempat William Web Ellis bersekolah. Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubah suai permainan ini, mempopularkan dan membuat peraturan rasminya sendiri. Ragbi mula popular pada tahun 1871 di sekolah-sekolah di England. Kemudian Kelab Ragbi pula ditubuhkan dan mengumumkan peraturan rasmi permainan ragbi di London sepuluh tahun kemudian.


       Selain itu cara permainannya yang agak lasak menyebabkan ramai yang takut untuk mengikutinya Ini boleh dilihat sewaktu pergelutan berlaku apabila kedua-dua pasukan cuba merebut bola. Tetapi semenjak aktiviti ini diperbaharui dari segi permainannya, ramai orang mula menyertainya. Ia tidak seganas dulu. Permainan ini mudah dan tidak perlu mengeluarkan banyak belanja. Apa yang penting dalam permainan ragbi ini, bolanya tidak boleh dibaling ke depan, ia harus dilontar ke belakang. Selain itu aktiviti ini membenarkan pemain menarik orang dan boleh juga menjatuhkan orang tetapi tidak dibenarkan sama sekali menyepak orang!! 




William Webb Ellis memegang bola dan membawanya lari


MALAYSIA

      Seterusnya, ragbi mula diperkenalkan di Malaysia selepas perang dunia pertama. Mengikut sejarah, sukan ini pada awalnya bermula di Negeri Sembilan. Beberapa orang pemain termasuk pegawai-pegawai Eropah telah menjalani latihan di Padang Stesen, Seremban. Kemudiannya, tertubuhlah Kelab Ragbi pertama di negara ini. Seramai 50 orang ahli telah mendaftarkan diri. Dari Negeri Sembilan , ragbi berkembang ke Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Singapura. 

          Kelab ragbi pula turut ditubuhkan seperti The Edwardians di Taiping, The Birch Rompers dari Perak, The Penang Asians dan Kelab Selangor dari Kuala Lumpur. Pada tahun 1934, perlawanan ragbi antara negeri yang pertama telah diadakan, iaitu bagi merebut Piala All Blues. Perak muncul sebagai juara. Seterusnya pertandingan ini telah diadakan setiap tahun hinggalah tahun 1963. Apabila Kesatuan Ragbi (KRM) ditubuhkan, pertandingan antara negeri ini telah ditukar dengan Pertandingan Bawah 23 Tahun.

          Pertandingan Piala Malaya pula bermula beberapa tahun selepas Piala All Blues. Corak pertandingan sama dengan bola sepak iaitu antara negeri. Pada tahun 1983, pertandingan Piala Malaya telah ditukar kepada Piala Agong. Kini, pertandingan Piala Agong merupakan kemuncak aktiviti KRM setiap tahun. Di samping itu, terdapat pertandingan-pertanding lain seperti Kejohanan Anggota Kerajaan, Kejohanan MSSM serta beberapa kejohanan jemputan samada anjuran KRM ataupun negeri-negeri. Kini ragbi terkenal di kalangan pelajar-pelajar sehingga terdapat pula pertandingan khusus untuk peringkat ini.


PERBEZAAN DAHULU DAN SEKARANG

PADA ZAMAN DAHULU

Pada zaman dahulu, ragbi bermula secara tidak sengaja ketika bermain bola oleh Ellis, tanpa diduga beliau telah menangkap bola lalu dibawa lari menuju ke gol. Melihatkan perbuatan Ellis, rakannya terus mengejar dari belakang, akhirnya terjadilah perebutan di kalangan mereka dalam usaha merebut bola itu. Perbuatan Ellis itu diikuti pula oleh kawannya yang lain. Maka dari situlah bermulanya satu permainan baru. Sesuatu perkara menarik ialah adakalanya terdapat sehingga 100 orang pemain bermain ragbi apabila penoton yang dating masuk campur dalam permainan tersebut.

Pada tahun 1871, perlawanan antara England dan Scotland, ia dimainkan oleh 20 orang sepasukan dalam dua tempoh selama 100 minit. Seorang pengadil digunakan, tetapi pengadil tidak membawa wisel. Dia akan menggunakan isyarat sepanjang permainan. Ini menyebabkan pengadil terpaksa bekerja lebih keras daripada pemain.
Pada tahun seterusnya, penggunaan wisel oleh pengadil telah diperkenalkan. Lima tahun kemudian, dua orang penjaga garisan digunakan bagi membantu pengadil mengadili permainan. Bilangan pemain juga telah ditetapkan kepada 15 orang. 

PADA ZAMAN SEKARANG

Pada zaman sekarang, bilangan pengadil dalam padang ialah seorang;yang meniup wisel. Penjaga garisan sebanyak dua orang. Pelbagai teknologi yang digunakan seperti ‘Hawk-eye’ dan ‘Instant-replay’ di mana pengadil boleh melihat kejadian yang terlepas seperti sama pasukan tersebut melakukan ‘try’ atau tidak serta ‘forward pass’ atau tidak.

          Pakaian yang digunakan juga bermutu tinggi seperti daripada syarikat Nike dan Adidas. Tidak ketinggalan juga syarikat lain yang tidak asing di dalam sukan ragbi seperti Canterbury dan Carisbrook. Pakaian pada zaman kini adalah jenis ‘sublimate’ di mana ia tahan lasak seperti tidak mudah koyak dan mudah disesuaikan dengan bentuk badan.Kain jenis sublimate ini selalunya nampak seperti ketat namun kain ini boleh meregang sepertimana suit renang kecuali ia adalah tebal.
          Baju jersi ragbi yang dipakai sekarang juga adalah mudah serap peluh. Selain itu, pakaian yang lain seperti seluar ragbi,kasut serta alat pelindung juga mengalami perubahan mengikut arus kemodenan. Kain yang digunakan untuk seluar ragbi adalah berbeza daripada jersi kerana ia diperbuat daripada kapas(cotton) dan kadangkala dicampur dengan nylon.
          Kasut pula terdapat pelbagai jenis. Jenis kasut yang dipakai biasanya bergantung pada padang yang digunakan. Kasut yang mempunyai 6pepaku(studs) biasanya digunakan di padang yang lembut di mana ia memberikan cengkaman yang lebih baik berbanding bilabgan pepaku yang lain. Terdapat pelbagai jenis tapak kasut mengikut keadaan padang. Antaranya ialah ‘soft ground’ (SG) , ‘hard ground’ (HG) dan lain-lain lagi.
          Alat pelindung juga diwajibkan pakai jika pertandingan yang dianjurkan adalah kepada pemain yang berumur 19 tahun dan kebawah. Pelindung yang wajib dipakai adalah pelindung mulut(mouth guard). Selain itu, alat pelindung lain yang biasanya digunakan adalah ‘body armour’ dan ‘head gear’. Body armour merupakan pakaian yang dipakai sebelum memakai jersi. Ia bertujuan melindungi anggota badan seperti bahu dada dan juga abdomen. Span keras adalah bahan yang digunakan pada body armour ini. Head gear pula dipakai di kepala dan kebiasaanya pelindung ini dipakai oleh bahagian ‘forward’ dan lebih spesifik lagi pemain posisi ‘prop’ atau ‘second row’ ataupun ‘hooker’. Bahan yang digunakan juga sama iaitu span keras.

PERTANDINGAN


  • pertandingan sukan ragbi yang selalu dipertandingkan di pentas antarabangsa mahupun negara biasa nya terbahagi kepada tiga kategori:
  1. 15 sebelah
  2. 10 sebelah
  3. 7 sebelah
  • 10 & 7 sebelah merupakan kategori yang selalu dipertandingkan di peringkat kelab dan terbuka.
  • manakala 15 sebelah sering dipertandingkan di peringkat antarabangsa seperti kejohanan piala dunia, kejohanan 3 negara.

PERATURAN

1.Advantage
o    Advantage adalah situasi di mana pengadil tidak memberhentikan perlawanan apabila berlaku kesalahan dalam permainan. Advantage diberikan kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan meneruskan permainan.
  • Tujuan advantage diberikan semasa permainan sedang berjalan adalah untuk memberi kesinambungan kepada permainan itu sendiri tanpa pengadil meniup wisel bagi setiap keslahan yang dilakukan.

o   Terdapat dua jenis advantage iaitu area advantage dan tactical advantage

2.Kutipan Mata
      Setiap try dan penalti try yang dilakukan akan diberi 5 mata dan try 7 mata akan diberi kepada pemain yang meletakkan bola dalam kotak yang disediakan dalam kawasan in goal – SR.

Berikut merupakan kaedah kutipan mata:

  •     TRY: Diperolehi apabila pemain berjaya menekan bola di kawasan gol lawan – 5 mata.
  •      PENALTY TRY: Try yang mungkin dapat dilakukan oleh sesuatu pasukan tetapi tidak dapat disempurnakan disebabkan permainan kasar (foul-play) oleh pasukan bertahan. Pengadil menganugerahkan penalty try di bawah tiang gol – 5 mata.
  •        CONVERSION: Apabila pasukan berjaya melakukan try, pasukan tersebut berpeluang untuk membuat sepakan ke arah gol. Sepakan boleh dibuat secara sepak letak ataupun sepak lantun bagi permainan 15 sepasukan – 2 mata.
  •        PENALTY GOAL: Sepakan penalti ke arah gol yang diambil apabila sesuatu pasukan itu memperolehi penalti daripada kesalahan pihak lawan – 3 mata.
  •        DROPPED GOAL: Sepakan lantun ke arah gol yang dilakukan semasa permainan sedang berlangsung – 3 mata.

'                                      
'Fly' Try yang dilakukan oleh pemain Afrika Selatan, Habana.

                                   


3. Foul Play
o     Pemain tidak dibenarkan menghalang pemain lawan daripada melakukan sentuhan (SR) atau tackel (SR), bermain dengan cara yang berbahaya, misconduct, sentuhan (SR) atau tackle (SM) dan perlanggaran yang berbahaya serta pemain digalakkan bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi – SR.

o       Sebarang tindakan atau gerakan seseorang pemain yang bertentangan dengan undangundang dan semangat sukan. Termasuk gangguan permainan, bermain kotor dan membahayakan pemain lain, kelakuan tidak senonoh, bertindak balas dan kesalahan yang berulang.

4. Off Side/ On Side
o      Seseorang pemain dikira offside apabila berada di hadapan garisan offside semasa scrum, line-out, ruck dan maul atau berada di hadapan pemain sepasukan yang terakhir memainkan bola.
o   Onside bermakna pemain berkenaan berada dalam permainan dan boleh meneruskan permain sama ada melakukan serangan ataupun melakukan gerakan bertahan.

                                             

Pemain dalam posisi off side dan tidak off side ketika scrum dilakukan.

5.Knock On/ Bola Jatuh di Hadapan
o       Knock on terjadi bila pemain hilang posisi bola dan bola jatuh ke hadapan menuju ke arah garisan gol pihak lawan dari kawalan pemain ataupun apabila bola jatuh ke hadapan terkena pemain lain sama ada dari pasukan lawan atau pasukan sendiri.

Keadaan 'Knock-on'; bola jatuh ke hadapan.


6. Forward Pass
o    Hantaran ke hadapan berlaku apabila pemain melontar atau menghantar bola ke hadapan. Jika bola tidak di hantar ke hadapan tapi kena tanah atau pemain lain dan bola bergerak ke hadapan bola tidak dikira forwards.

Keadaan peain melakukan 'forward-pass'.

7. Tackling
Tackling merupakan cara untuk menghalang pemain lawan daripada terus maju dan melakukan try. Namun begitu, cara tackling yang dibenarkan hanya dari aras dada dan ke bawah. Manakala jika dari leher ke atas dikira foul dan pemain boleh dikenakan kad atau dikeluarkan daripada permainan. Kesalahan ini dipanggil sebagai high tackle.

                                  

Pemain England(putih) telah melakukan high tackle kepada pemain New Zealand (hitam).


PAKAIAN


Pakaian yang biasa digunakan adalah Jersi tahan lasak yang diperbuat daripada bahan yang kuat. Antara pengeluar Jersi yang terkenal adalah seperti Adidas, Canterburry, Hasbro dan banyak lagi. Selain itu, pemain ragbi akan memakai kasut yang mempunyai stab di tapak seperti kasut bola. Ini adalah dengan tujuan untuk bermain di atas padang berumput supaya tidak tergelincir atau sebagainya. Dilengkapi dengan stokin, pemain ragbi juga kebiasaannya memakai seluar pendek atau panjang daripada bahan yang tahan lasak juga.


CARA BERMAIN


  •       Perlawanan dimulakan dengan tendangan mula drop kick.
  •       Selepas tendangan mula, mana-mana pemain yang on side boleh mengambil bola dan  sama ada berlari dengannya; menyepaknya; atau menghantarnya kepada rakan.
  •     Mana-mana pemain boleh berlari dengan bola; menghantar bola kepada rakan atau menyepak bola tersebut.
  •        Mana-mana pemain boleh menghalang pemain yang membawa bola sama ada dengan memegangnya ; menolaknya ; atau menjatuhkannya – SM.
  •        Semua pemain boleh membuat sentuhan dan menahan pemain yang ada bola – SR.
  •        Mana-mana pemain boleh terlibat dalam scrum , ruck , maul dan line-out – SM.
  •        Semua pemain boleh terlibat dengan scrum atau line out – SR
  •        Semua pemain boleh meletakkan bola atau membuat try dalam kawasan in goal.
  •       Apa sahaja yang dilakukan oleh setiap pemain mestilah mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan dalam undang-undang permainan ragbi.













Pasukan Ragbi Universiti Malaysia Sabah.
Kejohanan Ragbi Liga Kota Kinabalu Divisyen 2,2014



KECEDERAAN DALAM RAGBI


            Di dalam permainan ragbi ini, keselamatan adalah antara ciri-ciri penting yang perlu dititikberatkan selain peraturan dan teknik permainan. Sebelum memulakan permainan, seeloknya peraturan permainan Ragbi perlulah dipelajari untuk mengelakkan penggunaan teknik-teknik yang salah semasa bermain di atas padang. Terdapat juga pelindung badan yang boleh dipakai semasa bermain Ragbi. Antaranya seperti headgear untuk melindungi kepala, pelindung bahu dan dada, pelindung siku dan lutut dan pelindung gigi.

             Selain itu, teknik yang betul semasa bermain juga penting untuk mengelakkan kecederaan parah. Semasa mencapai pihak lawan, bagaimana capaian di buat, kawasan mana capaian dilakukan, semua itu adalah penting untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada tercedera. Pendidikan awal untuk sukan ini adalah sangat penting, kerana ramai yang salah anggap dengan permainan ini, dan hanya bermain dengan membuta tuli dan seterusnya telah menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kecederaan serius patah bahu atau tangan.




 Kecederaan dalam Sukan : Patah Kaki

 Kecederaan daslam Sukan: 'Ankle Sprain'; apakah 'ankle sprain'.

Kecederaan dalam Sukan: 'Ankle Sprain'; rawatan awal.







ISU SEMASA

 PASUKAN RAGBI NEW ZEALAND POPULAR DENGAN "WAR DANCE HAKA"

Tarian Haka ialah tarian tradisional yang asalnya dilakukan oleh golongan Maori di New Zealand. Ia merupakan tarian turun temurun yang dikaitkan dengan tarian ketika perang (Dance of War). Ia mengandungi pergerakan yang agresif seperti menghentakkan kaki ke tanah, mnepuk badan dan menjelirkan lidah, kesemuanya sebagai perlambangan kepada kekuatan, keberanian dan kesatuan.

Tarian Haka menjadi lebih terkenal kerana dipersembahkan juga oleh kumpulan ragbi negara New Zealand, All Blacks sebelum pertandingan.

TEKNOLOGI

GPS TEKNOLOGI

Perkembangan terkini mencadangkan bahawa teknologi GPS telah memainkan peranan yang semakin penting dalam masa depan permainan ragbi. Pada Januari 2010, kelab ragbi liga inggeris Bradford Bulls menjadi yang pertama dalam liga mereka untuk menggunakan sistem GPS pemantauan kepada pemain. Pemain memakai peranti GPS kecil yang dijahit dan terletak di bawah jersi mereka, alat tersebut akan mengumpul maklumat tentang kadar denyutan jantung pemain dan kedudukan mereka di atas padang. Jurulatih kemudiannya boleh menggunakan maklumat ini untuk membantu pemain meningkatkan kecergasan dan prestasi mereka

GPS DAN KECEDERAAN

GPS teknologi juga mungkin dapat mengurangkan risiko pemain mendapat kecederaan sam ada serius atau tidak. Pada tahun 2009, Inggeris Rugby Football Union (RFU) telah menjalankan satu projek penyelidikan selama tiga tahun untuk menggunakan peranti GPS untuk menganalisis kesan ke atas pada badan pemain, dengan bertujuan untuk mengurangkan bilangan pemain yang mengalami kecederaan serius seperti terkehel bahu dan lain-lain. RFU berharap bahawa pemahaman bagaimana kecederaan ini berlaku akan membantu mereka mengetahui cara-cara untuk mengelak mereka mendapat kecederaan pada masa hadapan.