1.Advantage
o Advantage
adalah situasi di mana pengadil tidak memberhentikan perlawanan apabila berlaku
kesalahan dalam permainan. Advantage diberikan kepada pasukan yang tidak
melakukan kesalahan meneruskan permainan.
- Tujuan advantage diberikan semasa permainan sedang berjalan adalah untuk memberi kesinambungan kepada permainan itu sendiri tanpa pengadil meniup wisel bagi setiap keslahan yang dilakukan.
o
Terdapat
dua jenis advantage iaitu area advantage dan tactical advantage
2.Kutipan
Mata
•
Setiap
try dan penalti try yang dilakukan akan diberi 5 mata dan try 7 mata akan
diberi kepada pemain yang meletakkan bola dalam kotak yang disediakan dalam
kawasan in goal – SR.
Berikut
merupakan kaedah kutipan mata:
- TRY: Diperolehi apabila pemain berjaya menekan bola di kawasan gol lawan – 5 mata.
- PENALTY TRY: Try yang mungkin dapat dilakukan oleh sesuatu pasukan tetapi tidak dapat disempurnakan disebabkan permainan kasar (foul-play) oleh pasukan bertahan. Pengadil menganugerahkan penalty try di bawah tiang gol – 5 mata.
- CONVERSION: Apabila pasukan berjaya melakukan try, pasukan tersebut berpeluang untuk membuat sepakan ke arah gol. Sepakan boleh dibuat secara sepak letak ataupun sepak lantun bagi permainan 15 sepasukan – 2 mata.
- PENALTY GOAL: Sepakan penalti ke arah gol yang diambil apabila sesuatu pasukan itu memperolehi penalti daripada kesalahan pihak lawan – 3 mata.
- DROPPED GOAL: Sepakan lantun ke arah gol yang dilakukan semasa permainan sedang berlangsung – 3 mata.
3.
Foul Play
o Pemain
tidak dibenarkan menghalang pemain lawan daripada melakukan sentuhan (SR) atau
tackel (SR), bermain dengan cara yang berbahaya, misconduct, sentuhan (SR) atau
tackle (SM) dan perlanggaran yang berbahaya serta pemain digalakkan bermain
dengan semangat kesukanan yang tinggi – SR.
o Sebarang
tindakan atau gerakan seseorang pemain yang bertentangan dengan undangundang dan
semangat sukan. Termasuk gangguan permainan, bermain kotor dan membahayakan
pemain lain, kelakuan tidak senonoh, bertindak balas dan kesalahan yang berulang.
4.
Off Side/ On Side
o Seseorang
pemain dikira offside apabila berada di hadapan garisan offside semasa scrum, line-out,
ruck dan maul atau berada di hadapan pemain sepasukan yang terakhir memainkan bola.
o
Onside
bermakna pemain berkenaan berada dalam permainan dan boleh meneruskan permain
sama ada melakukan serangan ataupun melakukan gerakan bertahan.
Pemain dalam posisi off side dan tidak off side ketika scrum dilakukan.
5.Knock
On/ Bola Jatuh di Hadapan
o Knock
on terjadi bila pemain hilang posisi bola dan bola jatuh ke hadapan menuju ke
arah garisan gol pihak lawan dari kawalan pemain ataupun apabila bola jatuh ke
hadapan terkena pemain lain sama ada dari pasukan lawan atau pasukan sendiri.
6. Forward Pass
o Hantaran ke hadapan berlaku apabila pemain melontar atau menghantar bola ke hadapan. Jika bola tidak di hantar ke hadapan tapi kena tanah atau pemain lain dan bola bergerak ke hadapan bola tidak dikira forwards.
Keadaan 'Knock-on'; bola jatuh ke hadapan.
6. Forward Pass
o Hantaran ke hadapan berlaku apabila pemain melontar atau menghantar bola ke hadapan. Jika bola tidak di hantar ke hadapan tapi kena tanah atau pemain lain dan bola bergerak ke hadapan bola tidak dikira forwards.
7. Tackling
Tackling merupakan cara untuk menghalang pemain lawan daripada terus maju dan melakukan try. Namun begitu, cara tackling yang dibenarkan hanya dari aras dada dan ke bawah. Manakala jika dari leher ke atas dikira foul dan pemain boleh dikenakan kad atau dikeluarkan daripada permainan. Kesalahan ini dipanggil sebagai high tackle.
Pemain England(putih) telah melakukan high tackle kepada pemain New Zealand (hitam).
Tackling merupakan cara untuk menghalang pemain lawan daripada terus maju dan melakukan try. Namun begitu, cara tackling yang dibenarkan hanya dari aras dada dan ke bawah. Manakala jika dari leher ke atas dikira foul dan pemain boleh dikenakan kad atau dikeluarkan daripada permainan. Kesalahan ini dipanggil sebagai high tackle.
Pemain England(putih) telah melakukan high tackle kepada pemain New Zealand (hitam).
PAKAIAN
Pakaian yang biasa digunakan adalah
Jersi tahan lasak yang diperbuat daripada bahan yang kuat. Antara pengeluar
Jersi yang terkenal adalah seperti Adidas, Canterburry, Hasbro dan banyak lagi.
Selain itu, pemain ragbi akan memakai kasut yang mempunyai stab di tapak
seperti kasut bola. Ini adalah dengan tujuan untuk bermain di atas padang
berumput supaya tidak tergelincir atau sebagainya. Dilengkapi dengan stokin,
pemain ragbi juga kebiasaannya memakai seluar pendek atau panjang daripada
bahan yang tahan lasak juga.
CARA BERMAIN
- Perlawanan dimulakan dengan tendangan mula drop kick.
- Selepas tendangan mula, mana-mana pemain yang on side boleh mengambil bola dan sama ada berlari dengannya; menyepaknya; atau menghantarnya kepada rakan.
- Mana-mana pemain boleh berlari dengan bola; menghantar bola kepada rakan atau menyepak bola tersebut.
- Mana-mana pemain boleh menghalang pemain yang membawa bola sama ada dengan memegangnya ; menolaknya ; atau menjatuhkannya – SM.
- Semua pemain boleh membuat sentuhan dan menahan pemain yang ada bola – SR.
- Mana-mana pemain boleh terlibat dalam scrum , ruck , maul dan line-out – SM.
- Semua pemain boleh terlibat dengan scrum atau line out – SR
- Semua pemain boleh meletakkan bola atau membuat try dalam kawasan in goal.
- Apa sahaja yang dilakukan oleh setiap pemain mestilah mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan dalam undang-undang permainan ragbi.
Pasukan Ragbi Universiti Malaysia Sabah.
Kejohanan Ragbi Liga Kota Kinabalu Divisyen 2,2014
KECEDERAAN DALAM RAGBI
Di dalam permainan ragbi ini, keselamatan adalah antara ciri-ciri penting yang perlu dititikberatkan selain peraturan dan teknik permainan. Sebelum memulakan permainan, seeloknya peraturan permainan Ragbi perlulah dipelajari untuk mengelakkan penggunaan teknik-teknik yang salah semasa bermain di atas padang. Terdapat juga pelindung badan yang boleh dipakai semasa bermain Ragbi. Antaranya seperti headgear untuk melindungi kepala, pelindung bahu dan dada, pelindung siku dan lutut dan pelindung gigi.
Selain itu, teknik yang betul semasa bermain juga penting untuk mengelakkan kecederaan parah. Semasa mencapai pihak lawan, bagaimana capaian di buat, kawasan mana capaian dilakukan, semua itu adalah penting untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada tercedera. Pendidikan awal untuk sukan ini adalah sangat penting, kerana ramai yang salah anggap dengan permainan ini, dan hanya bermain dengan membuta tuli dan seterusnya telah menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kecederaan serius patah bahu atau tangan.
Kecederaan dalam Sukan : Patah Kaki
Kecederaan daslam Sukan: 'Ankle Sprain'; apakah 'ankle sprain'.
Kecederaan dalam Sukan: 'Ankle Sprain'; rawatan awal.
5 comments:
Menangkan Jutaan Rupiah dan Dapatkan Jackpot Hingga Puluhan Juta Dengan Bermain di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
-Situs Aman dan Terpercaya.
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor Dana & Tarik Dana Akan Diproses Dengan Cepat (Jika Tidak Ada Gangguan).
- Bonus Turnover 0.3%-0.5% (Disetiap Harinya)
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Pelayanan Ramah dan Sopan.Customer Service Online 24 Jam.
- 4 Bank Lokal Tersedia : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
8 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar66
Info Lebih Lanjut Hubungi Kami di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Terima Kasih!! Sangat membantu
boleh bagitahu semua tentang lineout tak?
Hai Gan... Artikel Yang Sangat Bagus dan Memberikan Informasi Yang Bermanfaat..^^
Terima Kasih^^
Dan Mohon Untuk Izin Comment yah Gan^^
Pelangislot
Menyediakan 7 Games Dalam 1 User ID diantaranya sbb:
TOGEL
CASINO
GAMES
SLOT GAMES
SABUNG AYAM
SPORTSBOOK
POKER LEGENDS
HUBUNGI KAMI
WA : +6282323351494
Post a Comment