Bagaimana permainan ragbi ni bermula?
LUAR NEGARA
Sejarah permainan ragbi ini bermula pada tahun 1823 di sebuah pekan kecil di sekolah yang bernama Rugby School di England. Permainan ini tercipta daripada perbuatan William Webb Ellis. Semasa perlawanan bola tanpa diduga beliau telah mengambil bola dengan tangannya dan membawanya berlari menuju ke gol. Melihatkan perbuatan Ellis, rakannya terus mengejar dari belakang, akhirnya terjadilah pergomolan dalam kalangan mereka dalam usaha untuk merebut bola. Perbuatan Ellis itu diikuti pula oleh kawannya yang lain. Maka dari situlah bermulanya satu permainan baru.
Bagaimanapun, ketika itu tiada siapapun yang mahu menerima perbuatan Ellis dan rakanrakannya untuk dikembangkan sebagai sukan. Hanya kira-kira setengah abad kemudian, selepas Ellis meninggal dunia barulah perbuatan itu diingat kembali. Seorang rakannya Mattheur Blaxom telah menceritakan kembali perbuatan Ellis di dalam artikelnya dalam majalah The Meteor tahun 1888.
Permainan ini dikenali sebagai permainan ragbi sempena nama pekan kecil di mana sekolah tempat William Web Ellis bersekolah. Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubah suai permainan ini, mempopularkan dan membuat peraturan rasminya sendiri. Ragbi mula popular pada tahun 1871 di sekolah-sekolah di England. Kemudian Kelab Ragbi pula ditubuhkan dan mengumumkan peraturan rasmi permainan ragbi di London sepuluh tahun kemudian.
Selain itu cara permainannya yang agak lasak menyebabkan ramai yang takut untuk mengikutinya Ini boleh dilihat sewaktu pergelutan berlaku apabila kedua-dua pasukan cuba merebut bola. Tetapi semenjak aktiviti ini diperbaharui dari segi permainannya, ramai orang mula menyertainya. Ia tidak seganas dulu. Permainan ini mudah dan tidak perlu mengeluarkan banyak belanja. Apa yang penting dalam permainan ragbi ini, bolanya tidak boleh dibaling ke depan, ia harus dilontar ke belakang. Selain itu aktiviti ini membenarkan pemain menarik orang dan boleh juga menjatuhkan orang tetapi tidak dibenarkan sama sekali menyepak orang!!

William Webb Ellis memegang bola dan membawanya lari
MALAYSIA
Seterusnya, ragbi mula diperkenalkan
di Malaysia selepas perang dunia pertama. Mengikut sejarah, sukan ini pada
awalnya bermula di Negeri Sembilan. Beberapa orang pemain termasuk
pegawai-pegawai Eropah telah menjalani latihan di Padang Stesen, Seremban.
Kemudiannya, tertubuhlah Kelab Ragbi pertama di negara ini. Seramai 50 orang
ahli telah mendaftarkan diri. Dari Negeri Sembilan , ragbi berkembang ke
Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Singapura.
Kelab ragbi pula turut ditubuhkan
seperti The Edwardians di Taiping, The Birch Rompers dari Perak, The Penang
Asians dan Kelab Selangor dari Kuala Lumpur. Pada tahun 1934, perlawanan ragbi
antara negeri yang pertama telah diadakan, iaitu bagi merebut Piala All Blues.
Perak muncul sebagai juara. Seterusnya pertandingan ini telah diadakan setiap
tahun hinggalah tahun 1963. Apabila Kesatuan Ragbi (KRM) ditubuhkan,
pertandingan antara negeri ini telah ditukar dengan Pertandingan Bawah 23
Tahun.
Pertandingan
Piala Malaya pula bermula beberapa tahun selepas Piala All Blues. Corak
pertandingan sama dengan bola sepak iaitu antara negeri. Pada tahun 1983,
pertandingan Piala Malaya telah ditukar kepada Piala Agong. Kini, pertandingan
Piala Agong merupakan kemuncak aktiviti KRM setiap tahun. Di samping itu,
terdapat pertandingan-pertanding lain seperti Kejohanan Anggota Kerajaan,
Kejohanan MSSM serta beberapa kejohanan jemputan samada anjuran KRM ataupun
negeri-negeri. Kini ragbi terkenal di kalangan pelajar-pelajar sehingga
terdapat pula pertandingan khusus untuk peringkat ini.
1 comment:
Menangkan Jutaan Rupiah dan Dapatkan Jackpot Hingga Puluhan Juta Dengan Bermain di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
-Situs Aman dan Terpercaya.
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor Dana & Tarik Dana Akan Diproses Dengan Cepat (Jika Tidak Ada Gangguan).
- Bonus Turnover 0.3%-0.5% (Disetiap Harinya)
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Pelayanan Ramah dan Sopan.Customer Service Online 24 Jam.
- 4 Bank Lokal Tersedia : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
8 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar66
Info Lebih Lanjut Hubungi Kami di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Post a Comment